Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Selama 3 tahun kewujudan blog ini, bermacam ragam individu yang saya temui baik di luar online atau hanya melalui email. Ada yang beriya-iya untuk menguruskan badan dengan bertanya pelbagai soalan tetapi akhirnya kendur ssemangat melihatkan harga Herbalife Di Malaysia yang relatifnya tinggi akibat pertukaran matawang asing. Ada juga yang terus membayar dan memperolehi hasil yang di ingini seperti seorang cikgu dari Johor yang berjaya mengurangkan berat badan dari 68 kg ke 53 kg tanpa perlu berbelanja sebanyak RM10,000 , masuk hot blanket , menghabiskan masa di pusat pelangsingan dan akhirnya keputusan yang di perolehi tidaklah seperti yang di harapkan.Contohnya seperti keratan berita disini.
Baiklah saya tidak kisah sama ada individu yang menghubungi saya ingin membeli atau tidak, yang penting saya telah memberikan mereka pilihan untuk mengurangkan berat badan iaitu dengan Diet Herbalife iaitu produk replacement meal powder.
Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang mempunyai kalori tinggi, contohnya nasi lemak dan roti canai. Dengan hanya memakan 2 jenis makanan ini, kalori yang anda makan adalah lebih separuh daripada keperluan harian anda.
Hari ini, saya akan memberikan 4 tips bagaimana untuk mengurangkan aktiviti pemakanan kita, dengan erti kata lain mengurangkan saiz makanan yang kita makan.
TIPS 1 – Menggunakan saiz pinggan atau mangkuk yang lebih kecil. Kajian kes menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan pinggan atau mangkuk yang lebih besar memakan lebih makanan sebanyak 30% berbanding mereka yang menggunakan pinggan atau mangkuk yang kecil. Ini bermakna kurang kalori yang di ambil. Oleh itu kurangkan saiz pinggan anda:)
TIPS 2 - Sebelum ini anda ada mendengar bahawa makan dengan perlahan akan menolong anda untuk kurangkan makanan. Tetapi kajian di jalankan dengan menggunakan 3 kaedah pemakan yang berbeza:
- Kadar normal
- Separuh dari kadar normal ( perlahan)
- Kadar normal dan separuh normal, bermakna mereka makan dengan kadar normalĀ pada permulaan dan perlahan pada pertengahan .
Memperlahankan cara makan menyebabkan lelaki akan mengurangkan kuantiti makanan mereka tetapi tidak bagi perempuan (pelikkan) . Tetapi cara nombor 3 iaitu normal dan memperlahankan cara makan menyebabkan kedua-dua lelaki dan wanita akan mengurangkan kuantiti makanan mereka (lagi pelik). Kenapa? saya pun tidak ada idea. tetapi anda boleh cuba kedua-dua kaedah tersebut.
TIPS 3 – Meletakkan makanan jauh daripada individu akan menyebabkan individu tersebut kurang makan. Kajian di jalankan dalam 2 senario iaitu :
- meletakkan makanan jajan seperti coklat, keropok dan sebagainya di meja individuĀ VS tiada jajan pada meja individu tersebut tetapi harus menapak sebanyak 6 meter untuk mendapatkan jajan tersebut.
- Meletakkan jajan pada balang lutsinar VS pada balang tidak lutsinar.
Hasilnya individu yang meletakkan makana pada meja dan pada balang lutsinar memakan lebih makanan berbanding merekan yang tidak meletakkan makanan pada meja dan balang tidak lutsinar. Saya sarankan jangan meletakkan makanan jajan di dalam rumah anda.
TIPS 4 – kajian menunjukkan bahawa individu makan dengan jumlah yang banyak ketika menonton TV, wayang, bermain permainan video dan lain-lain gangguan. Konklusinya, jangan memakan makanan ketika menonton wayang, TV atau permainan video.
Tip di atas signifikan dengan senario yang berlaku di Malaysia, kita makan dengan pinggan yang besar, meletakkan makanan jajan di meja-meja pejabat malah ada yang mempunyai stok jajan di dalam laci pejabat serta tabiat memakan popcorn atau makanan lain ketika menonton wayang dan TV.
Tips di atas cuma permulaan untuk mengubah minda anda untuk mengurangkan kadar kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan anda secara percuma. Anda boleh menjadikan panduan langsing ini untuk mula mengubah minda anda supaya fokus untuk mengurangkan berat badan.
Salam sihat,
![]()


