Mengenai Saya
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Nama saya Setria Hariadi Yusmar. Asal dari Perak, tapi kita menetap di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan seterusnya berkahwin dengan orang Kuala Lumpur.
Saya minat berniaga, tapi saya seorang pendiam, maka direct marketing bukan untuk saya. Saya mempunyai impian besar mahu jadi seorang usahawan yang berjaya! Amat meminati, bersungguh dan penuh komitmen di dalam bidang perniagaan Internet.
Saya bersama isteri saya kini bergiat cergas dalam bidang pelangsing badan, maklumlah berat badan bertambah setelah melahirkan anak kami yang pertama.Blog ini ditubuhkan sebagai wadah dalam dan info mengenai produk pelangsingan badan yang diceburi oleh isteri saya. Memandangkan kami didaftarkan sebagai partner bermakna saya dan isteri bergabung dalam bisnes ini. Jangan takut untuk melayari blog ini kerana kami bukan menjual tetapi memberikan pilihan kepada anda untuk berfikir, mengkaji an membuat pilihan.
Walaupun kini saya bertungkus lumus membahagikan masa antara kerja pejabat, keluarga dan perniagaan internet, saya percaya suatu hari nanti saya dapat mengawal masa saya sendiri dan tidak bergantung kepada pekerjaan makan gaji.


