Adakah Minda Anda Bersedia Untuk Melangsingkan Badan?

by rahsialangsing on June 25, 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum anda memulakan apa sahaja program untuk melangsingkan badan, minda anda mesti bersedia ke arah itu. Jika anda memulakan program pelangsingan badan tanpa penyediaan minda yang cukup, mungkin usaha anda ke arah itu terhenti di tengah jalan. Ini adalah fakta dan berlaku kepada pelanggan saya yang menggunakan Herbalife sebagai program pelangsingan badan.

Sebak-baiknya, sebelum memulakan program pelangsingan badan, tulis di atas kertas kecil beberapa maklumat seperti:

  • Berat anda sebelum ini
  • Berat anda sekarang
  • Berat ideal yang anda inginkan
  • BMI anda atau Mass Body Index
  • Ambil juga ukur lilit badan anda.

Pastikan minda anda bersedia secukupnya sebelum anda menyahut cabaran untuk melangsingkan badan. Jika minda anda tidak bersedia betul-betul, jangan mulakan lagi program tersebut. Mungkin proses ini mengambil masa bergantung kepada keupayaan setiap individu untuk menguasai mindanya.

Gunakan waktu persediaan tersebut untuk melihat resepi masakan yang mengandungi kalori yang rendah atau melihat program-program pelangsingan badan yang boleh anda cuba di internet. Anda juga boleh membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang berjaya mengurangkan berat badan baik di internet atau pun di majalah. Kisah-kisah seperti inilah yang menjadi perangsang kepad anda untuk berjaya.

Sekian, salam sihat,

PS: Jika anda tidak tahu program mana yang ingin anda ikuti, sila hubungi saya melalui email dan no. yang tertera pada blog ini.

Share This Post

Leave a Comment

Previous post:

Next post: