Testimonial Herbalife
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? di harapkan agar tabah dalam menjalani ibadah puasa.Semoga bulan ramadhan ini di samping menambah ganjaran pahala dapat juga mengurangkan berat badan.
Sepanjang 3 tahun blog dan website beroperasi dan beratus pelanggan yang membeli dengan saya, bermacam-macam karenah yang saya jumpa. Ada yang menganggap blog ini merupakan tempat customer service bagi herbalife. Sebenarnya, polisi sebagai pengedar adalah tidak boleh mengganggupelanggan pengedar yang lain oleh itu kadang-kadang ada yang bertanyakan masalah, seperti tidak mendapat keputusan yang di harapkan, pengedar tak dapat di hubungi dan sebagainya. Kami tidak boleh memberikan khidmat nasihat kerana polisi tersebut.Kalau tidak tahu boleh search di google, banyak halaman web pengedar-pengedar lain yang menunjukkan cara makan yang betul.
Ada juga yang membeli produk herbalife tetapi tidak serius menggunakannya, kepada yang serius dan mengikut peraturan, insyaAllah akan mendapat hasil yang di harapkan, tak kisah lah pakai produk herbalife atau tidak, yang penting pengambilan kalori tidak lebih daripada yang di bakar oleh badan.
Tetapi trend pemakanan di Malaysia mempunyai kalori yang tinggi terutama masakan melayu.Tidak terkecuali juga makanan segera seperti McD, KFC, dan sebagainya.
Gambar di atas adalah email daripada salah seorang pengguna herbalife yang SERIUS ingin mengurangkan berat badan. Dalam email, pengguna tersebut telah menggunakan herbalife bermula minggu pertama Ramadhan, hingga kini beliau telah berjaya mengurangkan berat badan sehingga 3 kg dalam masa 2 minggu.
Ramai juga di antara pelanggan kami yang mendapat hasil yang di harapkan dan ada juga yang tidak, bergantung kepada tahap keseriusan seseorang ingin mengurangkan berat badan. Seperti salah seorang pelanggan saya di johor iaitu seorang cikgu yang mengurangkan berat badan sebanyak 16 kg tanpa perlu mengeluarkan wang sebanyak RM 5,000 atau RM10,000.
Sekian dahulu pada kali ini, semoga bulan ramadhan ini membawa keberkatan kepada anda semua terutamnya kepada pembaca blog saya. Kepada pelanggan yang telah mendapat hasil yang di inginkan, beringat-ingat ketika hari raya.
Ikhlas,
![]()



