Belanjawan seorang pengguna Herbalife
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Malam nie terasa cam nak bercerita plak..hihi selalunyer malas jer..alamak bocor rahsia ku ahaks!
Di malam yg sungguh nyaman ini, terdetik di hati nak menulis…
Bagi tak melengahkan masa lagi, saya akan jelaskan sedikit sebanyak cara untuk membeli produk herbalife tetapi mengikut pada poket kita. Walaupun sudah 4 tahun berkecimpung dalam herbalife tetapi masih tidak lekang mendengar persoalan bertubi tubi mengenai harga yg dikatakan ‘tak tercapai hasrat nak beli’ .
Untuk mereka yg baru hendak berjinak jinak mencuba produk herbalife ini pasti masih tidak mengetahui produk apa kah yg sesuai untuk dibeli…ermmm mungkin juga kita tak ada duit untuk beli semua produk iaitu (Start Now Pack). Diharapkan penjelasan ini dapat memberi panduan kepada mereka2 di luar sana.
Antara pakej herbalife yang dicadangkan adalah seperti di bawah:
- F1
- F1 + tea
- F1 + F3
- F1+F3 + tea
Harga Produk herbalife bagi Ahli (25%) dan bukan ahli
- F1 – RM167.40 bukan ahli/ RM128.65 ahli
- F3 – RM118.80 bukan ahli / RM91.30 ahli
- Tea 50gm — RM131.76 non member / RM101.26 ahli
- Tea 100gm — RM228.96 non member / RM175.96 ahli
Note: Kiraan di bawah adalah pada harga ahli harap maklum
- Formula 1
Terdapat dalam 5 perasa – coklat, cappucino, strawberi, vanila, tropical fruit
Hidangan: 22, boleh bertahan 2 minggu- jika guna 2 scps + 250ml air = RM4.56 per hidangan, untuk lose weight guna 2x/ sehari =RM9.12
- F3
Hidangan: 40, boleh bertahan 2 weeks- guna 1 scps bersama shake = RM2.20
Oleh itu berapa kita belanjakan untuk ambil shake ? sila lihat kiraan di bawah yer:
- F1 sahaja
Sarapan – shake -RM4.56
Tengahari- Meal ?
Malam- shake -RM4.56
Jumlah dibelanjakan sehari = RM9.12 sahaja
Jumlah dibelanjakan 1 month=RM273.60 + Kos Lunch anda
2. F1+ F3
Sarapan – shake + F3 -RM7.00
Tengahari- Meal ?
Malam- shake + F3 -RM7.00
Jumlah dibelanjakan sehari = RM14.00 sahaja
Jumlah dibelanjakan 1 month=RM420 + Kos lunch anda.
Adalah di ingatkan bahawa F3 adalah bagi mereka yang ingin membina otot. Kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan tidak perlu menggunakan F3 terlebih dahulu.
Adakah mahal untuk menggunakan produk herbalife
Daripada jadual di atas sebenarnya tidak berapa mahal untuk menggunakan herbalife, cuma ia kelihatan mahal, kerana harga yang meningkat baru-baru ini.Apa yang perlu hanya pengiraan perbelanjaan yang teliti. Secara psikologi memang kita terasa mahal kerana kita mengeluarkan lebih dari RM100++ untuk sebotol F1, tetapi apabila di gantikan dengan sarapan yang biasa kita ambil, sebenarnya ia lebih kurang sama.
Kepada anda yang serius untuk menggunakan produk herbalife, gunakan panduan ini atau hubungi saya untuk mendapatkan produk dan seterusnya saya akan coach anda sehingga mendapatkan berat badan yang anda inginkan. Ini kerana, saya ada mendapat email daripada pembeli yang menyatakan bahawa beliau kecewa kerana tidak mendapat berat badan yang di inginkan. Tetapi apabila saya membalas dengan menyatakan bagaimana disiplin beliau menggunakan herbalife, beliau tidak membalas, oleh itu, dalam apa jua bidang, atau matlamat yang paling penting adalah disiplin.
Tetapi kepada mereka yang ingin serius untuk menggunakan produk herbalife, anda boleh membeli secara pukal untuk mendapatkan harga yang rendah bagi sebotol F1 kerana prinsip pengeluar produk beli sedikit mahal, beli banyak murah. Untuk yang berminat boleh hubungi saya bagaimana caranya.
ikhlas,
![]()
Ps: Saya dahulu pun berkira hendak membeli herbalife ni, tetapi memandangkan keinginan untuk kurus meninggi, saya membeli secara pukal iaitu 35% dan 42%, di samping kegunaan sendiri, saya juga menjual kepada orang lain. Pada waktu itu, orang tidak kenal herbalife, tetapi kini herbalife terkenal sampaikan di lebuh raya pun ada papan tanda. Oleh itu, peluang terbuka di situ kepada mereka yang ingin mengambil peluang.
The new collection of article spinning applications.




{ 24 comments… read them below or add one }
salam,
berat saya 83kg dan tinggi 168cm
minta bagi nasihat penggunaan F1
terima kasih
wsalam, sila lihat email anda
assalammualaikum
berat saya 105kg & tinggi saya 160 cm, saya baru bcadang utk bmula mengambil herbalife.
kawan saya mhadiahkan F1 kepada saya. minta nasihat untuk penggunaan F1 yg lebih efektif. terima kasih
wsalam, sila lihat email anda. tq
Salam,
Selepas melahirkan anak berat badan saya naik begitu cepat especially bile start keje. Pernah dengar tentang produk herbalife & bercadang utk try. Mcmn n dpt kn produk ni?Price?mcmn nak jd member?saya betul2 untuk try. Please advice.
W’salam,
Erma, sila lihat email, tq
salam..kak sye b’minat la dgn herbalife ni…sye ingat nak try..
BERAT SAYA 169 DAN BERAT 88.8 KG.COACH SAYA MEMBERITAHU PERLU MAKAN 4 SUDU F1 DAN DUA SUDU F3.TAPI SAYA MERASAKAN AMAT CEPAT HABIS KERANA 7 HARI SUDAH HABIS.TETAPI BERAT SAYATURUN 2 KG DALAM MASA 9 HARI. BOLEHKAH SAYA NAK MENGURANGKAN F1 KEPADA 2 SUDU DAN F3 KEPADA 1 SUDU?BOLEHKAH NAK TAHU PUAN AMALKAN BERAPA SUDU?
Hi Fara,
Bole.
macam mana saya nak beli produk herbalife ini ye?
saya baru seminggu guna herbalife..nak tanya waktu senggang nak tunggu shake or makan t.ari, kita tak boleh makan apa langsung ker (something yang ringan la like biskut, cereal or etc)
mizlavender,
sila lihat email anda.
Siti,
Bergantung bagaimana coach anda memberi tunjuk ajar, sebab lain coach lain pendekatannya. Oleh itu, sila tanya daripada siapa anda beli. Sebab, sebelum menggunakan produk, coach akan membuat soal selidik mengenai pembelinya.
slm kak…sy nk try herbalife ni sjk tgk kwn sy turun brt bdnnya…1st time nk try..cmana sy nk beli n nk jadi ahli..tqq
Ina, sila lihat email. tq
Berapa yuran ahli? mana saya boleh mencuba & membeli produk ini? bleh ke kita langsing hanya meminum tea?
sila lihat email anda.
salam kak. Tolong bg guidance camne nk mkn f1. Coach sy dh lari.. Sy nak start balik herbalife. Boleh sambung bwh coach lain tak?
wsalam,
atiqa, sila lihat email.
Assalamualaikum, bolehkah orang yang sedang mengandung minum herbalife….adakah semua produk boleh d minum
wsalam,
Boleh. Tea x perlu ambil buat masa sekarang.
Salam.Berat saya 71kg.Tinggi 162cm.Umur 4o tahun.Saya ingin menurunkan berat kepada 63kg.Saya pergi ke pusat pelangsingan badan hasilnya dalam masa 2 bulan berat saya turun dari 73 ke 71 sekarang ini.Saya tidak tahan berpantang nasi ,makan 3 kali sehari dan hanya makan sup dan roti wholemeal 2 keping..Ini yang menyebabkan saya gagal.Adakah dengan herba life saya boleh makan 5 kali sehari dengan kuantiti yang kecil.
Bagaimana untuk menjadi ahli dan mendapatkan harga rendah dari biasa.
wsalam,
Jika anda ingin mendapatkan herbalife dengan harga rendah, saya senaraikan option yang ada.
Option 1
Menjadi ahli anda dapat potongan 25% iaitu dengan bayaran untuk jadi ahli RM98 manakala starter pack RM321.21 oleh itu, anda hanya bayar RM419.21 dan bullan seterusnya anda akan menikmati potongan 25%.
Option 2
Membeli secara bulk iaitu dengan kuantiti yang banyak akan di berikan potongan sebanyak 35% jika anda membeli 500V dan potongan sebanyak 42% jika anda membeli 1000V. Option ini akan saya terangkan jika anda betul-betul berminat untuk menggunakan herbalife. Dahulu saya juga menggunakan starter pack sebagai permulaan, dan apabila ia berkesan ke atas saya, amaka saya membeli secara bulk dan seterusnya menjadi pengedar bebas yang mendapat potongan 50%
Sekian
salam.. utk permulaan amik f1 saja ke..
You must log in to post a comment.