Kebaikan Sarapan Pagi.

by rahsialangsing on October 10, 2008

Assalammualaikum,

Beberapa hari yang lepas saya mendapat email dari seseorang yang berminat untuk menguruskan badan. Beliau membandingkan penggunaan Herbalife dan diet dengan cara mengawal pemakanan untuk kurus. Beliau menyatakan bahawa beliau skip sarapan pagi, tengahari minum susu dan skip makan malam. Kalau ikut logik, memang boleh kurus dibuatnya.

Tetapi tahukah anda bahawa jika tidak mengambil sarapan pagi, berat badan akan bertambah dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.Kajian terbaru mendapati, Individu yang tidak bersarapan pagi selama 2 minggu akan mengambil makanan dengan lebih banyak di tengahari dan malam. Hasilnya kadar kolesterol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada hormon insulin akan menurun berbanding kepada mereka yang mengambil sarapan pagi.

Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat penyakit jantung.

Penelitian yang dilakukan di USA, bertujuan untukmelihat pengaruh dari kesan jika mengambil sarapan pagi dan yang tidak mengambil sarapan pagi keatas kalori yang masuk dan dibakar serta hubungannya dengan insulin, kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.

Selama dua minggu, wanita tersebut mengambil sarapan pagi yang berisi semangkuk cereal dengan susu (macam kellog cornflake la tu) dan seterusnya makan tengahari dan malam.

Setelah dua minggu, meraka tidak lagi mengambil sarapan pagi dan hanya makan di waktu tengahari. Keadaan ini berterusan selama 2 minggu.

Hasilnya menunjukkan bahawa wanita yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih rendah berbanding ketika mereka tidak bersarapan pagi.Di samping itu Kolesterol LDL lebih rendah sewaktu mereka mengambil sarapan pagi dan kepekaan kepada insulin juga lebih baik yang bermaksud risiko untuk mendapat penyakit diabetis juga menurun.

TIada penurunan berat badan di catatkan, tetapi dengan peningkatan kolesterol dan gangguan kepekaan kepada insulin, membuatkan mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.

Saya pagi-pagi lagi ambil segelas Herbalife. Selepas itu saya tidak perlu risau sama ada saya nak bersarapan atu tidak. Tetapi, dalam proses untuk menurunkan berat badan, sarapan pagi digantikan dengan segelas Herbalife yang mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan. Anda pula bagaimana?

Sumber: The American Journal Of Clinical Nutrition

Previous post:

Next post: