Mahu langsing, tetapi dapat azab.

by rahsialangsing on November 3, 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini.

Hari ini saya berkesempatan membaca berita mengenai kisah seorang gadis yang mahu langsing, tetapi hasilnya sebahagian daripada kulitnya melecur teruk akibat penggunaan bahan kosmetik.

Untuk mengetahui kisah tersebut, sila baca di sinar harian. Saya tidak akan menceritakan kisah tersebut di sini, anda boleh klik pautan di atas untuk cerita sepenuhnya.

Tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini adalah betapa pentingnya pengetahuan mengenai setiap perkara yang ingin kita lakukan.Tidak dapat di nafikan bahawa keinginan mengatasi segalanya. Kalau dalam psikologi perniagaan, pusat pelangsingan badan tersebut menemui desperate buyer.Akhirnya, pelanggan tersebut teraniaya.

Oleh itu, kepada mereka yang mahu langsing, perlulah membuat sedikit kajian di internet atau di buku-buku mengenai asas pelangsingan badan. Jangan percaya bulat-bulat kepada produk yang ada. Saya juga tidak menyuruh anda percaya bulat-bulat kepada produk yang saya cadangkan di blog ini.

Setiap kali saya tekankan bahawa asas kepada pelangsingan badan adalah kadar pembakaran kalori berbanding dengan kalori yang di ambil setiap hari. Jika kalori yang anda ambil melebihi bilangan yang di gunakan, kalori tersebut akan di simpan sebagai lemak. Selain daripada itu, pelangsingan badan juga berkaitan dengan kadar metabolisme badan setiap individu. Jika kadar metabolisme badan anda tinggi, kalori yang di bakar juga akan tinggi. Selain itu, faktor umur, hormon juga memainkan peranan. Wanita yang berumur lebih daripada 30 tahun susah sedikit untuk turun berbanding dengan wanita berumur 20 tahun.

Apakah cara pelangsingan badan yang paling berkesan. Jawapannya adalah berpuasa, melakukan aktiviti serta menjaga pemakanan anda supaya tidak mengambil kalori dalam jumlah yang besar. Mudah bukan? tetapi susah di amalkan.

Kesimpulannya, sebelum anda ingin memulakan program pelangsingan badan, anda mestilah mempunyai serba sedikit info mengenai program yang ingin anda jalankan. Jangan percaya bulat-bulat kepada produk-produk yang di sogokkan kepada anda. Contohnya seperti seorang penjual produk berkata bahawa produk A dapat melangsingkan badan dengan menyapu produk tersebut ke bahagian yang banyak lemak serta dapat mengecilkan bahagian tersebut.

Mungkin secara logiknya produk tersebut berkesan, tetapi berapa banyak produk yang anda kena gunakan dan berapa lama pula anda perlu bergantung kepada produk tersebut. Tetapi apabila kita fikirkan semula, kita hanya menghapuskan lemak-lemak secara luaran, bagaimana pula jika seluruh badan kita mempunyai lemak? mesti di sapu keseluruh badan?

Dengan produk herbalife, anda melangsingkan badan dengan mencegah lemak daripada terbentuk, di samping menukarkan lemak badan kepada tenaga, oleh itu, secara logiknya anda turun berat badan secara semulajadi.

Mengambil iktibar daripada kisah dalam surat khabar online tersebut, beliau bukan sahaja rugi dari segi wang ringgit tetapi juga kesihatan beliau juga turut terjejas, termasuk juga kulit beliau yang melecur tersebut akan meninggalkan parut. Belum lagi kesan sampingan yang beliau akan hadapi daripada bahan kosmetik yang di gunakan, mungkin sudah meresap ke dalam badan. Oleh itu, kepada mereka yang ingin melangsingkan badan di pusat pelangsing, sila tanya bahan-bahan yang ingin di gunakan, adakah mempunyai bahan kimia atau tidak.

Sekian sahaja buat kali ini, di harap kita akan berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

ikhlas,

Share This Post

Leave a Comment

Previous post:

Next post: