Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Produk herbalife di jual sedikit berbeza dengan produk lain kerana ia hanya di jual di tiga lokasi sahaja iaitu Kuala lumpur, kuching dan Kota Kinabalu dan promosinya hanya melalui pengedar. Secara lazimnya, setiap pengedar yang menjual produk secara automatiknya pengedar tersebut adalah “coaching” kepada pembeli tersebut. Oleh itu beliau bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan kepada pembeli untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Sering kali juga saya mendapat email, SMS dan panggilan telefon bertanya mengenai cara makan produk, reaksi produk dan sebagainya. Walaupun syarat menjadi pengedar adalah tidak boleh mengganggu ahli atau pembeli daripada pengedar lain, saya beri juga serba sedikit info mengenai produk Herbalife ini.
Oleh itu, perkara penting yang ingin saya tulis di sini adalah betapa pentingnya membeli daripada pengedar yang boleh memberikan coaching serta panduan kepada pembeli atau ahli dibawahnya. saya tidak suruh anda beli dari saya, kerana ada komen dari pengunjung blog ini yang menyatakan bahawa produk ini tidak menurunkan berat badan, senang berasa lapar dan tidak seperti yang dijanjikan.
Produk Herbalife bukannya pil ajaib yang boleh menurunkan berat badan anda sekelip mata. ang penting adalah konsisten. Ada pembeli yang mempunyai berat badan yang agak tinggi kadar BMI tetapi membeli hanya sebotol, tetapi komplen yang produk ini tidak dapat menurunkan berat badanya ke tahap yang dia inginkan. Sedangkan pusat pelangsingan badan terkemuka pun pelanggan perlu membayar beribu-ribu untuk mendapatkan berat badan di tambah dengan proses yang menyusahkan, ini pula anda hanya membeli sebotol produk tetapi ingin menurunkan berkilo-kilo berat badan.
Pengalaman saya sendiri yang menggunakan produk herbalife selama 7 bulan barulah saya mendapat hasil yang saya inginkan di samping “coaching” yang betul daripada penjual saya. Memang saya menghabiskan duit lebih daripada seribu ringgit, tetapi saya membeli dengan kuantiti yang banyak sekali gus, oleh itu saya mendapat lebih potongan harga. Walaupun begitu, saya berasa berbaloi kerana hasilnya mengikut apa yang saya kehendaki setelah puas mencuba pelbagai produk dan menghabiskan lebih dari RM5 ribu sebelum itu.
Sebelum ini juga saya ada menulis testimonial seorang cikgu dari johor bahru yang serius untuk melangsingkan badan dan membeli dengan kuantiti yang banyak sekali gus telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16 kg dan cikgu ini tidak mengeluarkan sebanyak RM 5 ribu, RM10 ribu atau berbelas ribu. Kini, setelah mendapatkan berat badan yang beliau kehendaki, beliau telah berhenti menggunakan herbalife dan hanya mengawal pengambilan kalori sahaja. Jelas di sini konsep herbalife, melangsingkan badan adalah melalui pengawalan kalori.Posting tersebut boleh anda baca sekali lagi di sini.
Sekian dahulu buat kali ini. Untuk pengetahuan anda, saya kini mengandungkan anak kedua dan saya masih boleh memakai pakaian dengan saiz yang sama walaupun kandungan saya telah masuk enam bulan. Saya masih boleh bergaya dengan pakaian yang biasa saya pakai, cuma perut sahaja yang buncit. Ini berbeza dengan kehamilan saya yang pertama dahulu, bulan keempat sahaja, saya perlu memakai pakaian mengandung, kerana tak muat. Saya akan berkongsikan kisah ini pada artikel yang akan datang.Oh ya, buat pengetahuan anda juga, saya masih meminum herbalife semasa mengandung kali kedua ini.
ikhlas,
![]()




{ 1 comment… read it below or add one }
saya sedang mengambil produk herbalife untuk ke 2 kali.
tapi yang xbestnyer coach saya tidak memberi penerangan yang detail kepada saya dan tiada pemantauan (mengambil rekod berat badan atau sebagainya) oleh yang demikian saya memerlukan seorang coach yang best utk memantau n sport saya. jika x menjadi keberatan sari boleh x jadi coach yang bet utk saya?
siti noorbaya othman
0129589868
You must log in to post a comment.