Rempah Ratus Dan Herba Yang Dapat Membantu Diet Langsing Anda.
by rahsialangsing on July 22, 2011
Assalammualaikum dan salam sejahtera ,
Dalam kehidupan moden hari ini, ramai di antara kita generasi millenium hanya mengenali ayam, ikan , daging, burger, dan yang sewaktu dengannya.
Saya teringat lagi sewaktu kecil-kecil dahulu, ayam dan ikan hanya di makan sekali-sekala sahaja. Menu harian pada waktu itu terdiri daripada ulam-ulaman serta tumbuh-tymbuhan seperti petai, jering, cendawan busut, jantung pisang, pucuk paku, pucuk ubi kayu, pucuk betik dan yang sewaktu dengannya.Amat jarang untuk makan ayam, lagi pun kalau makanan yang berasaskan ayam ianya adalah ayam kampung dan bukannya ayam yang di suntik seperti sekarang.
Amat jarang di temui kedai makan yang menghidangkan menu-menu berasaskan tumbuhan-tumbuhan tadi, mungkin sebab faktor komersial, tak bolehlah letak harga tinggi betul tak.
Hari ini saya akan menyenaraikan ulaman serta herba yang boleh di gunakan dalam proses pelangsingan badan.Herba-herba tersebut ialah:
Daun saderi(parsley):
Daun saderi dapat meningkatkan penghadapan, oleh itu lebih banyak makanan yang dapat di gunakan berbanding di simpan dalam badan anda.
Daun Selasih (basil):
Dapat membuatkan anda rasa kenyang.
Daun bangun-bangun(rosemary):
Dapat menenangkan anda serta merendahkan hormon menyimpan lemak di bahagian perut yang di pangil “cortisol”.
Lada hitam(black pepper:
Di kenali sebagai pembakar lemak dan membuatkan rasa makanan bertambah sedap serta anti oksidan yang berkuasa.
Kayu manis (cinnamon):
Dapat mengawal kandungan gula dalam darah, sebagai anti oksidan serta mengurangkan rasa lapar oleh ituia dapat menolong anda untuk mengurangkan berat badan.
Kunyit( turmeric):
Sebagai Antioksidan , meningkatkan kadar penghadaman serta anti alzheimer.
Nampaknya ramai di antara kita melupakan rempah ratus di atas sebagai agen menghapus lemak di badan. Oleh itu, kepada mereka yang ingin mengembalikan kegemilangan penggunaan rempah ratus agar di sarankan menggunakan rempah ratus di atas, cuma satu sahaja yang tak berapa “best” iaitu rasanya
Salam sihat,
PS: Sebab itulah saya menggunakan Herbalife kerana rasa herbalife yang sedap di samping mengurangkan berat badan.